Home » Citra Yadim » Lebih RM20 ribu daripada YADIM untuk bantu institusi tahfiz

Lebih RM20 ribu daripada YADIM untuk bantu institusi tahfiz

PUTRAJAYA – Prihatin dengan nasib sekolah tahfiz di negara ini yang masih terkesan dengan penularan Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Oktober menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000 untuk institusi ini.

Sebanyak 20 institusi tahfiz akan menerima manfaat sumbangan ini iaitu sebanyak 10 di Selangor, lima di Pahang, tiga di Melaka dan dua di Negeri Sembilan.

Badan dakwah ini juga pada masa yang sama menyampaikan sumbangan 100 kotak barangan keperluan harian bernilai RM5,700 untuk guru dan kakitangan sekolah sekolah ini.

Sumbangan YADIM ini disampaikan oleh Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim. Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM< Syahrizal Mat.

Turut hadir ialah Pengerusi Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor, Ustaz Muhamad Hafiz Mohamad Haneefa Pengerusi Pertubuhan Gabungan Sekolah Islam Swasta (GASIS), Dr. Nik Noor Azlida Binti Datuk Husain serta timbalannya, Ustaz Fairul Nafazli Bin Nazin dan setiausaha Gasis, . Ustazah Nor Zarina Binti Mohd Azhar

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *