Home » Citra Yadim » YADIM Kedah jalin kerjasama strategik dengan PERKESO di bawah program ‘Social Synergy’

YADIM Kedah jalin kerjasama strategik dengan PERKESO di bawah program ‘Social Synergy’

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah bakal menjalin kerjasama strategik antara agensi di bawah program ‘Social Synergy’ dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Sebagai langkah awal, satu sesi perbincangan telah diadakan di antara YADIM Kedah dan PERKESO di Pejabat YADIM Kedah pada 11 Oktober 2021. 

YADIM Kedah diwakili oleh Pengarahnya, Ustaz Mohd Aizat Zakaria manakala PERKESO diwakili Shukri Mohammad Daud selaku Pengurus Pejabat PERKESO Sungai Petani.

Diantara objektif program ‘ Social Synergy’ PERKESO adalah meningkatkan pendapatan sara hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan yang melanda, menyediakan platform keselamatan sosial secara berpusat, sistematik dan komprehensif untuk seluruh rakyat Malaysia serta menjadikan masyarakat memiliki pengetahuan berkenaan dengan pengurusan hilang upaya dan pengurusan kewangan yang sistematik.

Ia turut berhasrat menjadikan orang ramai lebih holistik dengan memiliki kemahiran yang kompeten di dalam pelbagai bidang.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Haji Azmi Mohamad, Pegawai YADIM Kedah, serta Nor Iqniarefa Che Baharom, Hafizatul Nabila dan Cik Fatin Izaty Ramli dari pejabat PERKESO Sungai Petani.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *