Home » Citra Yadim » Sumbangan Aidilfitri Kepada Daie Pusat Dakwah Serantau

Sumbangan Aidilfitri Kepada Daie Pusat Dakwah Serantau

KAJANG – Bak kata pepatah ‘Banyak tanda ada, sikit tanda ingat’ . Pada 10 Mei, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada para daie di Pusat Dakwah Serantau (PDS) di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh turun padang menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia, Haji Salleh Farmin mewakili PDS.

Hadir sama ketika acara penyerahan ialah pegawai PDS, Ustaz Ahmad Zulkifli.

Selain sumbangan Aidilfitri, Tuan Kamarul Arief dan Haji Salleh bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkasakan dan melestarikan gerakan dakwah di seluruh negara melalui kerjasama daie YADIM dan PDS.

Perbincangan juga menyentuh tentang program bersama bagi menyantuni mualaf, terutamanya yang menyentuh aspek pendidikan.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *