Home » Langit Terbuka » LZS permudah bayaran zakat dengan FPX E-Majikan

LZS permudah bayaran zakat dengan FPX E-Majikan

LZS adalah institusi zakat pertama yang menggunakan pembayaran potongan gaji oleh majikan melalui kaedah FPX di Malaysia. - Foto BebasNews

SHAH ALAM – Pembayaran zakat menjadi lebih mudah dan pantas berikutan pelancaran kemudahan terkini yang dinamakan FPX E-Majikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Md. Yusop berkata, kemudahan tersebut dimulakan sejak 25 Julai 2019 membabitkan majikan yang menyertai Skim Potongan Gaji (SPG).

“Jika dahulu majikan hanya boleh menyemak rekod bayaran yang lepas tetapi melalui FPX-E Majikan ini, selain memuat naik data pencarum atau kakitangan, mereka juga boleh terus membuat pembayaran kepada LZS melalui bank-bank yang dipilih.

“Untuk makluman semua, LZS adalah institusi zakat pertama yang menggunakan pembayaran potongan gaji oleh majikan melalui kaedah FPX di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Mesra Majikan 2019 di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini hari ini.

Saipolyazan berkata, sehingga kini sebanyak 151 daripada 4,458 majikan yang mendaftar melalui SPG telah beralih menggunakan khidmat FPX E-Majikan.

Katanya, orang ramai boleh menyemak takziran zakat yang sepatutnya dibayar di laman sesawang LZS.

Dalam Program Mesra Majikan 2019 tersebut seramai 100 wakil majikan hadir menyaksikan pelancaran kemudahan tersebut.

Portal E-Majikan merupakan kemudahan atas talian yang membolehkan majikan di syarikat yang menyertai SPG membuat taksiran zakat dan penghantaran data potongan zakat bulanan kakitangannya.

Platform ini kemudiannya diperluaskan lagi bagi membolehkan majikan membuat bayaran zakat kakitangan melalui kemudahan FPX tersebut. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *