Home » Langit Terbuka » “Transformasi Mindamu, Hijrah Hatimu, Merdekakan Dirimu”

“Transformasi Mindamu, Hijrah Hatimu, Merdekakan Dirimu”

Perutusan MAWAR-YADIM sempena Hari Kemerdekaan ke 62 dan Maal Hijrah 1441H

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengucapkan Selamat Ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun ini.

Sambutan tahun ini istimewa kerana ianya jatuh berturutan dengan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Hijri. Mari sama-sama kita syukuri nikmat keamanan dan kemakmuran yang telah di kecapi selama 62 tahun negara mencapai kemerdekaan dari cengkaman penjajah.

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan bumi bertuah Malaysia ini yang kaya dengan pelbagai sumber untuk kita kongsi bersama dengan pelbagai kaum dalam suasana damai, dan harmoni serta saling hormat menghormati.

Jangan kita rosakkan persefahaman ini dengan gugatan sesetengah pihak yang mahu menggunakan isu perkauman dan sentimen agama demi kepentingan peribadi.

Kita juga bersyukur dengan komitmen kerajaan baharu yang mahu memulih dan memajukan negara dengan pelbagai inisiatif agar kemakmuran negara dapat kita kecapi bersama.

Semua pihak termasuk kaum wanita perlu memainkan peranan bagi memberi kepercayaan dan sokongan terhadap usaha membangunkan negara menuju negara rahmah yang memberi kesejahteraan untuk semua.

Sempena Hari Kemerdekaan dan Tahun Baharu Hijri marilah sama-sama kita meningkat azam dan tekad untuk:

1. Menghayati tema Sayangi Malaysiaku; Malaysia Bersih agar dapat benar-benar direalisasikan dalam kehidupan kita dan keluarga.

2. Membina anak-anak yang berjatidiri dan menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara kerana merekalah generasi pelapis pemimpin masa hadapan negara.

3. Menjaga keamanan dan mempertahankan perpaduan kaum dalam negara ini agar kemakmuran Malaysia dapat kita kecapi bersama.

Semoga Malaysia dapat kita sama-sama bangunkan menjadi Negara Rahmah yang disegani dunia.

Dr Hafidzah Mustakim                                                                                        Pengerusi Mawar-Yadim
31 Ogos 2019

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *