Home » Langit Terbuka » Mahkamah kekal keputusan larang kahwin pelarian Rohingya

Mahkamah kekal keputusan larang kahwin pelarian Rohingya

Mahkamah mengekalkan perintah pentadbiran yang melarang perkahwinan antara rakyat tempatan dan etnik Rohingya. Foto :  https://s-i.huffpost.com

DHAKA 10 Jan. – Sebuah mahkamah di Bangladesh, kelmarin mengekalkan keputusan kerajaan melarang perkahwinan antara rakyat negara itu dan etnik Rohingya.

Timbalan Peguam Negara, Motaher Hossain Saju berkata, sebuah mahkamah tinggi di Dhaka menolak tuntutan seorang bapa selepas anak lelakinya berkahwin dengan wanita Rohingya pada September lalu walaupun undang-undang melarang penyatuan itu dikuatkuasakan pada 2014.

“Mahkamah menolak petisyen dan mengekalkan perintah pentadbiran yang melarang perkahwinan antara rakyat tempatan dan etnik Rohingya,” menurut laporan media tempatan memetik kenyataan Saju. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *