Home » Citra Yadim » Round Table Discussion YADIM – MBM

Round Table Discussion YADIM – MBM

Dari sudut sejarah, masyarakat di Malaysia telah bersama-sama menubuhkan serta memerdekakan negara ini dan ianya membentuk Ta’ayush atau kehidupan bersama antara Muslim dan bukan Muslim.

Justeru, ada keperluan untuk menekuni sudut Fiqh Ta’ayush (Fiqh kewujudan bersama) dalam konteks semasa dan Maqasid Syariah.

Menyedari hakikat ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan Majlis Amal Islami Malaysia akan menganjurkan satu perbincangan meja bulat (Round Table Discussion) di Hotel Putra, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.

Ia dijangka menghimpun kira kira 60 cendekiawan pelbagai bidang bagi membincangkan tajuk Kesatuan Dalam Kepelbagaian (Unity In Diversity).

Program ini antaranya mempunyai objektif untuk menjelaskan kepentingan memahami kehidupan bersama dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, menjelaskan aspek sosio-masyarakat pada hari ini yang berbeza dengan zaman silam selain membincangkan isu-isu kenegaraan kontemporari dalam konteks Malaysia.

Presiden MBM, Jufitri Joha bakal menjadi moderator program.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *