Home » Langit Terbuka » Mais gantung tauliah Ustaz Ahmad Dusuki

Mais gantung tauliah Ustaz Ahmad Dusuki

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menggantung tauliah mengajar pendakwah terkemuka, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berkuat kuasa serta merta.

Pemakluman itu dibuat menerusi satu surat rasmi yang ditandatangani Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Mais, Mohd Shahzihan Ahmad.

Dalam surat yang tular di media sosial hari ini menyebut,  penggantungan itu adalah bagi memberi laluan kepada siasatan yang dijalankan oleh pihak Mais berkaitan aduan serta laporan media terhadap Ahmad Dusuki mengikut kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) Tahun 2008 Pindaan 2015.

Surat itu juga menyebut, Ahmad Dusuki digantung daripada mengajar agama atau apa-apa perkara berkenaan Islam di dalam negeri Selangor di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 pindaan 2015.

“Kedudukan Ahmad Dusuki selaku pemegang tauliah akan diputuskan selepas ini oleh Jawatankuasa Tauliah yang akan bersidang dalam tempoh masa terdekat,” tulis surat tersebut.

Surat sama juga menyebut, sebarang pelanggaran terhadap penggantungan ini membolehkan Ahmad Dusuki dikenakan tindakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *