Home » Langit Terbuka » Rakyat Indonesia perlu tunggu 37 tahun untuk tunai Haji

Rakyat Indonesia perlu tunggu 37 tahun untuk tunai Haji

JAKARTA  – Kira-kira 3.2 juta rakyat Indonesia terpaksa menunggu giliran selama 37 tahun untuk menunaikan Haji berikutan permintaan tinggi daripada rakyat di negara itu.

Pengerusi Persatuan Islam Indonesia bagi Haji dan Umrah, Joko Osmoro berkata, Indonesia adalah negara Islam terbesar dengan 220 juta penduduk Islam.

Maka katanya, negara itu berdepan dengan permintaan yang tinggi daripada rakyatnya yang mahu segera melaksanakan fardhu haji.

Proses ini katanya, menuntut rakyat di negara itu untuk mendaftarkan nama mereka mengerjakan Haji terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam senarai Haji kerajaan.

“Purata masa menunggu untuk menunaikan Haji adalah selama 37 tahun.

“Ini menyebabkan peningkatan terhadap permintaan untuk menunaikan Umrah kerana ia lebih murah dan tidak memerlukan tempoh lama menunggu giliran,” katanya.

Katanya, hanya 668 daripada 3,500 agensi pelancongan di Indonesia yang dibenarkan untuk memberi perkhidmatan Umrah, manakala 200 lagi diberi kuasa oleh Kementerian Arab Saudi untuk memberi perkhidmatan Haji. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *