Home » Langit Terbuka » Majlis Agama Islam Pahang beri RM1,000 kepada keluarga pesakit Covid-19

Majlis Agama Islam Pahang beri RM1,000 kepada keluarga pesakit Covid-19

Majlis Ugama Islam Pahang turut menyumbangkan 20 set alat bantuan pernafasan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan , Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Hospital Kuala Lipis dalam menangani Covid-19. - Foto SekangorKini

PETALING JAYA – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada 21 Mac bersetuju untuk memberikan bantuan dan sumbangan berjumlah RM250,000 kepada kerajaan Pahang bagi membantu pihak yang memerlukan bantuan susulan wabak Covid-19.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah berkata, tambahan sebanyak RM200 turut diberikan kepada 3,030 orang penerima bantuan bulanan zakat dan tambahan RM200 kepada 9,664 orang penerima bantuan tahunan zakat, yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun.

“Sumbangan 20 set alat bantuan pernafasan turut diberikan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan , Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Hospital Kuala Lipis serta sumbangan peralatan saringan kepada ketiga-tiga hospital itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Bantuan sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada keluarga pesakit yang didapati positif wabak Covid-19 di Pahang.

“Saya menyeru kepada semua syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu yang berkemampuan untuk bersama-sama membantu menyumbang kepada Tabung Amal Covid-19 yang diwujudkan kerajaan negeri,” katanya. – FMT

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *