Home » Citra Yadim » Majlis Iftar Jamaie YADIM Kedah & Perlis

Majlis Iftar Jamaie YADIM Kedah & Perlis

YADIM Kedah dan Perlis buat julung kalinya telah mengadakan di Sungai Petani, Kedah pada 25 Mac.
Program ini ialah gerak kerja kedua YADIM Kedah pada hari yang sama selepas Sumbangan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sebelumnya.
Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohammad Fadzil Alias yang mengalu-alukan kehadiran semua rakan strategik ke majlis berkenaan.
Ia diikuti dengan amanat Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin. Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak persatuan dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang hadir atas kerjasama strategik dalam membawa agenda Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri.
Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan penghargaan buat barisan Zamalah YADIM Negeri Kedah dan Perlis yang telah menjayakan program-program badan dakwah ini.
Hadir sama ialah pegawai-pegawai YADIM Negeri Pulau Pinang, pimpinan Rakan Siswa YADIM Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim, wakil Majlis Dakwah Negara cawangan Kedah, NGO tempatan dan kakitangan institusi kerajaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *