Home » Citra Yadim » YADIM Perak menyantuni Majlis Belia Negeri (MPN) Perak

YADIM Perak menyantuni Majlis Belia Negeri (MPN) Perak

BELIA Harus berketrampilan untuk mengemudi kepimpinan dalam memacu dan mencorak masa depan negara.
Kekuatan seluruhnya golongan belia terletak pada kecergasan berfikir, menaakul dan berkeupayaan menyusun keutamaan pada tempatnya.
Usaha tersebut harus berterusan dan sentiasa diperbaiki setiap masa sebagai motivasi membangun semangat Malaysia Madani.
Cakna dengan itu, YADIM Perak menyantuni Majlis Belia Negeri (MPN) Perak yang diwakili oleh Presiden dan Setiausahanya, Puhaz Saleh dan saudara Ahmad Nazrin baru baru ini. Pertemuan dua hala, berlangsung di Pejabat Pengurusan MBN Perak ini telah mencapai kata sepakat bahawa perlu ada kerjasama erat antara kedua entiti ini.
Kesedaran hidup beragama, berkeupayaan untuk membezakan antara hak dan batil serta berfikrahkan Islam sebagai cara hidup beragama antara intipati perbincangan disamping merencana program dan aktiviti bermanfaat.
YADIM Perak menyantuni semua segmen masyarakat demi memartabatkan Islam di sekalian alam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *