Home » Citra Yadim » Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Lati

Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Lati

LENSA Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Lati di Dewan Al-Ghazali, sekolah berkenaan pada 28 Januari.
Seramai 70 pelajar Tahun 6 yang khatam al- Quran diraikan dalam majlis ini.
Setiap mereka menerima senaskhah al- Quran disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang juga merasmikan majlis ini.
Ucapan aluan program disampaikan oleh Guru Besar SK Lati, Encik Mohd Naim Mohd Yusoff sebelum ucapan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas (Sektor Perancangan), Encik Mohd Zamakhsyari Mohd Nawawi.
Majlis turut diserikan dengan alunan bacaan al-Quran oleh qari jemputan, Ustaz Abdul Aziz Ibrahim.
Imam Besar Masjid Jamek Sultan Muhammad III, Pasir Mas, Ustaz Wan Saifuddin Wan Abdul Ghani telah memimpin majlis khatam al-Quran ini.
Hadir sama ke majlis ini ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Lati, Encik Abdul Aziz Ismail.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *