Home » Citra Yadim » Program Kalam Madani untuk ahli-ahli Zamalah Terengganu

Program Kalam Madani untuk ahli-ahli Zamalah Terengganu

YADIM Terengganu buat pertama kalinya melaksanakan program Kalam Madani untuk ahli-ahli Zamalah Terengganu pada 27 Januari.
Seramai 30 ahli Zamalah hadir ke program di Tok Jembal, Kuala Terus, Terengganu ini.
Program dimulakan dengan pengisian Kalam Madani oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Beliau menyentuh mengenai penyusunan tenaga kerja YADIM kini mengikut keperluan semasa.
Ujar beliau, sokongan ahli-ahli Zamalah amalah amat diperlukan untuk menjayakan strategi dakwah yang lebih berkesan di lapangan.
Katanya lagi, nasyarakat perlu diberi ilmu yang betul berkaitan Islam yang mengutamakan konsep kesederhanaan dan meraikan kepelbagaian.
Turut disentuh ialah mengenai kewujudan entiti bersama YADIM yang merangkumi MAIM, NUIM, MPWIM yang akan merancakkan lagi aktiviti dakwah YADIM ke seluruh negara.
Sesi diteruskan dengan dialog dua hala bersama ahli-ahli Zamalah.
Mereka dilihat mengambil peluang menyumbang idea dan buah fikir untuk menjayakan program-program YADIM.
Turut diketengahkan pendekatan dakwah untuk golongan muda.
Dalam majlis ini, Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin juga berkongsi pengalaman melaksanakan aktiviti dakwah negeri bersama rakan-rakan strategik
Seramai 54 orang Zamalah YADIM berkhidmat memberi pencerahan ilmu dan isu semasa di Terengganu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *