Home » Citra Yadim » Majlis Penyerahan Watikah Lantikan RSY IPGKDRI

Majlis Penyerahan Watikah Lantikan RSY IPGKDRI

SELARAS Dengan matlamat memberikan pendedahan tentang asas kepimpinan unggul selain mengasah kemahiran insaniah dalam diri mereka, Majlis Penyerahan Watikah Lantikan kepada 20 orang ahli Majlis Pimpinan Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) dan 20 orang ahli Rakan Siswa YADIM (RSY) telah diadakan pada 27 Januari 2024 bertempat di Dewan Ungku Omar, IPGKDRI.
Penyerahan watikah lantikan itu disempurnakan oleh Encik Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM.
Turut hadir Pengarah IPGKDRI, Dr. Hjh. Narita Mohd Noor dan Timbalan Pengarah IPGKDRI, Ts. Dr. Pajuzi Awang.
Majlis ini juga dihadiri Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKDRI bersama Timbalan, Dr. Mohammad Rusdi Ab. Majid dan Encik Ahmad Mubarak Ab Razak serta Pensyarah penasihat RSY iaitu Ustaz Mohamad Fauzi Hassan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *