Home » Citra Yadim » SIRI Program Remaja Pintar Soleh (REPSOL)

SIRI Program Remaja Pintar Soleh (REPSOL)

SIRI Program Remaja Pintar Soleh (REPSOL) anjuran YADIM Selangor membuka tirai tahun ini di KAFA Integrasi Al-Rasyidin Taman Gombak pada 27 Januari.
REPSOL yang diadakan dengan kerjasama KAFA berkenaan, menerima penyertaan 60 orang peserta tahun 5 dan 6.
Terus menggerakkan barisan Daie Muda YADIM (DMY) sebagai penceramah dan fasilitator, program ini bertujuan melahirkan anak-anak mempunyai nilai kesejahteraan dengan memahami bab ibadah fardhu kifayah khususnya kali ini bab sembelihan dan pengurusan jenazah.
Menampilkan DMY Muhammad Khairulanwar Misnan bagi slot pengisian penyembelihan dan Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Mohd Khusnaini Mongin, turun ke lapangan bagi perkongsian berkenaan pengurusan jenazah.
Dalam program ini juga, buku wakaf Sirah Nabawiyah terbitan YADIM juga telah disumbangkan kepada pihak sekolah yang disampaikan oleh Penolong Pegawai YADIM Negeri Selangor, Encik Muhammad Najmi Mod Salihin kepada Guru Penolong Kanan 1 KAFA Integrasi Al-Rasyidin Taman Gombak, Encik Mohd Paidhur Naim Lubis Mustapa Lubil.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *