Home » Citra Yadim » Majlis Perasmian KOSDI @Dungun di Felda Jerangau

Majlis Perasmian KOSDI @Dungun di Felda Jerangau

DUNGUN – Bertujuan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti secara Islami dengan menjadikan dakwah sebagai suatu kebiasaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengadakan program Komuniti Sejahtera Darul Iman di Hatiku (KOSDI)@ Dungun.

Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Parlimen Dungun, Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMiTS), Pejabat Felda Wilayah Terengganu dan Pejabat Perpaduan Daerah Dungun.

Akademi Didik Ulamak Amilin Negeri Terengganu (DUAT), Ahli Jawatankuasa Masjid Muhajirin, Felda Jerangau dan NGO Majlis Belia Felda dan Kami Anak Felda (KAF) turut sama terlibat.

Program ini disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Dungun, Haji Mohd Amin Hamid di Masjid Muhajirin, Felda Jerangau.

Program dua hari ini dimulakan dengan slot kuliah Dhuha dengan tajuk ‘Dakwah Satu Kebiasaan’ yang disampaikan oleh Pensyarah Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Khadher Ahmad.

Seramai 50 warga Felda mengikuti kuliah ini.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, Pengerusi Masjid Muhajirin Felda Jerangau, Ustz Ridhuan Jusoff dan wakil Pengurus Besar KETENGAH, Mahadi Amin  Ahmad.

Turut hadir wakil Pejabat Agama Dungun, Raja Ibrahim Raja Manis.

YADIM turut mengadakan sanitasi di perkarangan masjid tempt program dilaksanakan.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *