Home » Langit Terbuka » Majlis Perbandaran Muar (MPM) dinobatkan anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017.

Majlis Perbandaran Muar (MPM) dinobatkan anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017.

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Bandar Muar telah menunjukkan pelbagai perubahan sejak diisytihar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada November 2012.

Terbaharu, Bandar Muar telah dipilih sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara selain Pulau Pinang dan Putrajaya.

Majlis Perbandaran Muar (MPM) dinobatkan anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017 yang disampaikan semasa Mesyuarat ASEAN Tourism Forum 2018 yang berlansung di Chiang Mai, Thailand.

Pegawai Daerah Muar, On Jabbar berkata, anugerah yang diperoleh ini bukan terjadi dalam sekelip mata.

“Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan Bandar Muar terutamanya selepas diisytihar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja seperti yang dititah oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Setiap individu di Muar memainkan peranan penting terutamanya peniaga, masyarakat dan MPM sendiri untuk terus menjaga kebersihan di Muar. Kebersihan itu telah menjadi budaya di sini.

“Bukan itu sahaja, Muar sebelum ini telah dinobatkan sebagai bandar bersih dalam Malaysia pada 2016, secara tak langsung melalui proses-proses tersebut, penilaian diambil kira untuk peringkat ASEAN,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah On Jabbar, penilaian telah dilakukan selepas beberapa tahun membuktikan Muar mempunyai ciri-ciri bandar bersih mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan ASEAN.

“Sikap dalam kalangan masyarakat itu adalah kunci utama anugerah ini berjaya dirangkul. Ini termasuk sikap pekerja pembersihan yang melakukan kerja pembersihan secara berkala dan konsisten untuk memastikan (bandar ini) sentiasa bersih.

“Tambahan itu, sikap peniaga di bandar ini juga penting dan mereka perlu memastikan segala sampah sarap dilupuskan mengikut kategori yang ditetapkan,” tegasnya.

Beliau berharap, dengan anugerah yang diterima ini dapat terus memupuk semangat masyarakat Muar untuk terus menjaga kebersihan bandar itu.

“Pada saya, anugerah ini menuntungkan orang ramai. Bukan sahaja dari segi kebersihan, malah dari segi ekonomi. Ini kerana bandar yang bersih akan menerima lebih ramai pengunjung,” tambahnya. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *