Home » Citra Yadim » Majlis perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM Jajahan Kota Bharu

Majlis perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM Jajahan Kota Bharu

KOTA BHARU – Siri perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Kelantan diteruskan dengan perjumpaan bersama ahli  SAY Jajahan Kota Bharu.

Seramai 25 orang ahli SAY Jajahan Kota Bharu hadir dalam perjumpaan bersama Pengurusan YADIM Kelantan dalam satu majlis di sini pada 19 Januari.

Majlis Perjumpaan  ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari jajahan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini sepanjang tahun ini.

Turut diselitkan dalam majlis ini ialah pemilihan kepimpinan SAY Jajahan Kota Bharu bagi merancakkan lagi aktiviti dakwah yang akan dirancang pada tahun ini.

Hadir mewakili YADIM Kelantan ialah pengarahnya Ustaz Haji Mahadi Awang.Tahniah juga diucapkan kepada Ustaz Raja Mohd Hakkam yang telah dipilih untuk mengetuai SAY Jajahan Kota Bharu.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *