Home » Langit Terbuka » Sebahagian Arab Saudi catat suhu di bawah sifar

Sebahagian Arab Saudi catat suhu di bawah sifar

RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi meramalkan bahagian utara negara itu akan berdepan gelombang sejuk sehingga mencatatkan suhu di bawah sifar.

Sistem amaran awal NCM meramalkan penurunan suhu di bawah paras beku akan berterusan di kebanyakan bandar di wilayah utara sehingga hujung minggu ini, manakala suhu dicatatkan di ibu negara Riyadh, pula adalah satu darjah celsius.

Dalam ramalan hariannya, NCM berkata penurunan suhu itu akan berterusan di kebanyakan wilayah, bersama kabus dan awan hujan, disertai angin berdebu pada permukaan aktif yang mengurangkan jarak penglihatan mendatar di beberapa bahagian di Madinah, Riyadh dan wilayah Timur.

Kemungkinan berlaku ribut petir disertai angin aktif adalah tinggi di beberapa bahagian wilayah Jazan, Assir, Al-Baha dan Makkah, lapor agensi berita Arab News.

Dalam ciapan di Twitter, NCM memaklumkan suhu terendah direkodkan di wilayah Turaif. Ia mencatatkan suhu terendah sejak awal musim sejuk tahun ini dengan di bawah sifar darjah celsius, diikuti di Qurayyat dan Arar.

Sementara itu, Pengarah Pusat Meteorologi Kebangsaan di wilayah Tabuk, Farhan Al-Anzi, berkata pihaknya merekodkan suhu di bawah sifar. Salji di muhafazah akan berterusan pada Selasa

Bandar utama lain di wilayah utara, seperti Tabuk, Arar, Rafha dan Shaqraa turut mencatatkan penurunan suhu di bawah sifar dengan berlakunya salji lebat.

Di Riyadh, mengikut ramalan cuaca, ia mencatatkan suhu terendah musim ini iaitu lapan darjah celsius pada Selasa dan menjangkakan penurunan kepada tiga darjah celsius esok dan satu darjah celsius (Jumaat). – AGENSI

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *