Home » Langit Terbuka » Majlis Perumahan Mampu Milik Negara akan ditubuhkan

Majlis Perumahan Mampu Milik Negara akan ditubuhkan

Perdana Menteri berkata, di bawah Keutamaan Kedua: Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat dalam Kajian Separuh Penggal RMK11, sejumlah 200,000 unit rumah mampu milik bakal dibina dalam tempoh 2018-2020

KUALA LUMPUR- Kerajaan bakal menubuhkan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara bagi menyelaraskan pengurusan mampu milik awam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, di bawah Keutamaan Kedua: Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat dalam Kajian Separuh Penggal RMK11, sejumlah 200,000 unit rumah mampu milik bakal dibina dalam tempoh 2018-2020.

“Perumahan adalah penting untuk kesejahteraan keluarga.

“Sebanyak 200,000 unit rumah mampu milik disasarkan dalam tempoh 2018-2020 dengan menggalakkan penglibatan yang lebih luas oleh sektor swasta,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK11 di Parlimen hari ini.

Tambah beliau, kerajaan akan menyediakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kuasa beli dan mengurangkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Tumpuan, katanya, akan diberikan untuk membendung kenaikan harga barang melalui pelbagai langkah seperti kawalan harga, meningkatkan penguatkuasaan dan mempertingkatkan tahap konsumerisme.

Bagi meningkatkan kemudahan kesihatan awam, sebuah pusat kanser wilayah utara akan dibina bagi melengkapi Institut Kanser Negara.

Kerajaan juga akan mewujudkan sebuah pusat kawalan dan pencegahan penyakit kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan untuk mengesan, mencegah dan mengatasi ancaman penyakit.- MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *