Home » Citra Yadim » Program Ihya Ramadan bersama masyarakat Orang Asli sekitar Gua Musang

Program Ihya Ramadan bersama masyarakat Orang Asli sekitar Gua Musang

KOMUNITI Orang Asli di Kelantan tidak pernah dilupakan dalam usaha mengimarahkan Ramadan setiap tahun.
Untuk itu, YADIM Kelantan dengan kerjasama rakan rakan agensi kerajaan pada 25 Mac telah mengadakan program Ihya Ramadan bersama masyarakat Orang Asli sekitar Gua Musang.
Antara yang terlibat sama ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Galas.
Program bermula dengan Iftar Madani bersama 420 orang penduduk di Surau At Taqwa, Pos Mendrop, Gua Musang. Selesai berbuka puasa, para hadirin yang hadir sama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Seterusnya rombongan bergerak ke Pos Hendrop untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah. Hampir 150 penduduk Orang Asli memenuhi Masjid Al Hidayah Pos Hendrop bagi sama-sama mengimarahkan masjid.
Selesai solat Tarawih, acara diteruskan dengan agihan beras kepada semua ketua isi rumah yang hadir oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Yang Berhormat Mohd Syahbuddin Hashim. Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan adalah pengarahnya Ustaz Haji Mahadi Awang. Turut hadir pengarah MKN Negeri Kelantan Tuan Jefny Mohammad, pengarah JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu Puan Zarina Razlan dan Daei Orang Asli YADIM, Sugie Angah.
Program berakhir dengan semua penduduk Orang Asli yang hadir menikmati jamuah moreh yang disediakan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *