Home » Citra Yadim » Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi

Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi

YADIM Kedah dan Perlis telah menyantuni 50 orang asnaf dan saudara baharu dalam program Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Padang Besar, Perlis pada 24 Mac.
Program yang bermula selepas solat Asar ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Tuan Haji Azemi Mat Saman sebelum disusuli oleh ucapan Nazir Masjid Chuping dan Titi Tinggi, Tuan Othman Akob.
Majlis seterusnya diikuti dengan ucapan Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Mohammad Fadzil Alias. Dalam ucapan beliau, Ustaz Mohammad Fadzil merakamkan penghargaan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis atas kerjsama strategik yang diberikan dan Masjid Solahuddin Al-Ayyubi atas kesudian menjadi tuan rumah menjayakan program ini.
Seramai 50 orang asnaf dan saudara baru berjaya dikumpulkan hasil kerjasama antara YADIM Negeri Kedah dan Perlis bersama pihak masjid serta NGO seperti PERKIM, MACMA dan Hidayah Centre.
Kesemua mereka menerima sumbangan berupa makanan asasi dan beras.
Turut hadir menyerikan majlis ini adalah rakan-rakan strategik YADIM Negeri Kedah dan Perlis termasuklah pimpinan NGO, pegawai agama Islam jabatan dan institusi kerajaan.
Semua jemputan dan hadirin kemudiannya diraikan di dalam suatu majlis berbuka puasa sebelum majlis berakhir sejurus selesai solat fardhu Maghrib secara berjemaah.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *