Home » Langit Terbuka » Majoriti rakyat Switzerland tolak Islam

Majoriti rakyat Switzerland tolak Islam

ZURICH, 8 Nov. – Satu kajian mendapati bahawa majoriti penduduk Switzerland membantah agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara.
Hampir 61 peratus daripada 15,617 responden menjawab ‘tidak’ atau ‘mungkin tidak’ berikutan soalan mengenai kelayakan agama Islam diberi status rasmi seperti agama Kristian dan Yahudi.
Sementara itu, hanya 19 peratus mengatakan ‘ya’ dan 20 peratus mengatakan ‘mungkin ya’ dalam menerima agama Islam sebagai agama rasmi yang ketiga di Switzerland.
Kajian juga mendapati sebanyak 80 peratus penduduk berpendapat bahawa nilai-nilai Kristian yang diamalkan telah menjadi sebahagian daripada negara itu.
Sebelum ini, Presiden Parti Demokrat Sosial, Christian Levrat menghadiri perbincangan mengenai status Islam sama ada boleh diiktiraf sebagai agama rasmi atau tidak.
Fakta Pejabat Statistik Persekutuan mendedahkan antara tahun 2012-2014, warga Switzerland yang berusia 15 tahun ke atas beragama Islam sebanyak 5 peratus, Katolik Roman 38 peratus, Protestan 26.2 peratus, tiada agama 22.2 peratus dan Yahudi 0.25 peratus. – Agensi

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *