Home » Langit Terbuka » Mak nyah dipaksa kembali jadi lelaki

Mak nyah dipaksa kembali jadi lelaki

Polis Indonesia memotong rambut sekumpulan mak nyah.

BANDA ACEH 29 Jan. – Polis Indonesia memotong rambut sekumpulan mak nyah dan memaksa mereka memakai pakaian lelaki, kata pihak berkuasa, hari ini.

Ia susulan kempen membasmi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender di negara paling ramai umat Islam di dunia itu.

Semalam, polis menyerbu beberapa salun kecantikan di wilayah Aceh dan menahan 12 mak nyah berhubung dakwaan mereka mengganggu sekumpulan budak lelaki.

Polis menuduh pekerja salun melanggar undang-undang agama wilayah itu.

Puluhan penduduk tempatan cuba menyerang sekumpulan jurusolek ketika mereka dibawa ke balai polis, tetapi dihalang pihak berkuasa.

Polis kemudian memotong rambut panjang beberapa mak nyah berkenaan, selain memaksa mereka memakai pakaian lelaki dan bercakap dengan suara kasar.

“Kami mendapat laporan daripada ibu bahawa anak lelaki mereka diusik oleh mak nyah.

“Bilangan mereka semakin ramai di sini. Saya tidak mahu ia berlaku,” kata ketua polis tempatan, Ahmad Untung Surianata. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *