Home » Citra Yadim » 30 pek barangan keperluan harian untuk penduduk Padang Serai

30 pek barangan keperluan harian untuk penduduk Padang Serai

PADANG SERAI – Seramai 30 keluarga dari beberapa kampung di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 2 Julai.

Mereka terdiri daripada keluarga mualaf, pesakit kronik, warga emas dan keluarga ibu tunggal dari  Kampung Belakang Taman Sang Kancil, Perumahan Awam Lunas, Kampung Batu 6, Kampung Sungai Seluang dan Kampung Nagalilit.

Selain barangan keperluan harian, mereka turut menerima pelitup muka untuk kegunaan harian.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Turut hadir, Pengerusi SAY Padang Serai, Abu Bakar Awang. Mohd Aizat juga mengambil kesempatan ini menyeru supaya mereka sentiasa mematuhi pesanan pihak kerajaan dalam menangani penularan Covid-19 di negara ini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *