Home » Langit Terbuka » Makkah: Polis Arab Saudi berjaya gagalkan tindakan bakar Kaabah

Makkah: Polis Arab Saudi berjaya gagalkan tindakan bakar Kaabah

RIYADH, 7 Februari – Polis Arab Saudi berjaya menumpaskan tindakan seorang suspek yang cuba untuk membakar Kaabah di Kota Mekah, lapor akhbar dalam talian Sabq pada Selasa menurut agensi berita China Xinhua.

Saksi kejadian memberitahu akhbar itu, beliau melihat seorang lelaki menyiram gasolin ke atas kain yang menutup Kaabah dan segera memaklumkannya kepada polis bertugas di masjid berkenaan. Lelaki itu kemudiannya berjaya ditahan.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan berhubung insiden itu namun menerusi laporan akhbar mengesahkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.11 malam waktu tempatan pada Isnin.

Namun motif tindakan suspek itu masih tidak dapat dipastikan sehingga kini. Sejak kebelakangan ini tempat suci sering menjadi sasaran kumpulan militan Daesh.

Pada Mei 2016 polis Arab Saudi berjaya menghalang malapetaka lebih besar daripada berlaku apabila seorang pengebom bunuh diri cuba memasuki masjid Nabi di Madinah, menyebabkan penyerang dan empat anggota polis terbunuh manakala lima lagi cedera.  – Bernama

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *