Home » Citra Yadim » Maknai Hari Malaysia : YADIM santuni Petugas Barisan Hadapan PKRCB MAEPS

Maknai Hari Malaysia : YADIM santuni Petugas Barisan Hadapan PKRCB MAEPS

SERDANG  – Para petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu 2.0 (PKRCB 2.0) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada 16 September  menerima sumbangan sempena Musaadah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Puspanita Cawangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, bersama Pengerusi Biro Kebajikan dan Kesukarelawanan Puspanita Cawangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datin Prof. Madya Norwati Mustapha,  Pengarah PKRCB 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank, Johan Halid.

Sumbangan yang disampaikan adalah berupa makanan ringan, makanan sedia untuk dimakan dan bahan bacaan terbitan YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *