Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat ziarah sempena Hari Malaysia

SAY Kuala Langat ziarah sempena Hari Malaysia

SIJANGKANG – Sempena Hari Malaysia pada 16 September, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat yang diketuai oleh pengerusinya, Hasmawi Mahidin telah mengadakan program riadah, ziarah dan lawatan bersama barisan ahli jawatankuasanya.

 

Pada hari berkenaan, SAY Kuala Langat menyerahkan sumbangan sejadah dan Al Quran kepada Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang.

 

Sumbangan diserahkan kepada Haji Asrin Ishak selaku Pengerusi Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang.

 

Seterusnya SAY Kuala Langat menyantuni golongan memerlukan  setempat, di mana 14 buah keluarga disantuni SAY Kuala Langat termasuk dua buah keluarga berketurunan India.

 

Pada hari yang sama, SAY Kuala Langat juga menyantuni seorang pesakit jantung, Nordin Kadri di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *