Home » Langit Terbuka » Malaysia akan terus bersuara dalam isu Rohingya

Malaysia akan terus bersuara dalam isu Rohingya

Malaysia telah melaksanakan sokongan terhadap Rohingya, dan akan terus melakukannya, kata Menteri Luar

PUTRAJAYA – Malaysia akan terus bersuara dalam memperjuangkan nasib etnik Rohinya, tegas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, kerajaan akan juga meminta sokongan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan Bangladesh iaitu negara di mana hampir sejuta etnik Rohingya mendapat perlindungan.

“Dalam kita berusaha ke arah satu penyelesaian mapan yang akan memelihara maruah dan kehidupan etnik Rohingya, masyarakat antarabangsa perlu melakukan sedaya upaya dalam menyokong Bangladesh.

“Malaysia telah melaksanakan (sokongan terhadap Rohingya), dan akan terus melakukannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas laporan oleh Misi Pencarian Fakta Bebas Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Laporan itu antara lain mengesahkan kekhuatiran terburuk Malaysia bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di Myanmar sejak 25 Ogos tahun lalu adalah mirip tindakan pembunuhan beramai-ramai (genocide).

Laporan PBB itu yang diterbitkan dari penyelidikan yang teliti dan objektif, telah mengetengahkan bukti yang tidak boleh dinafikan melibatkan tindakan serta polisi yang disengajakan, bersepadu, sistematik, konsisten dan dirancang untuk memusnahkan selain mengeluarkan etnik Rohingya secara khsusnya, dari Myanmar. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *