Home » Langit Terbuka » Kenderaan asing dilarang beli RON95

Kenderaan asing dilarang beli RON95

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Johor berkata, arahan itu sudah dikeluarkan di semua stesen minyak.

KULAI – Larangan kenderaan asing khususnya dari Singapura untuk membeli petrol RON95 di negeri ini akan dikuatkuasakan semula.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, arahan itu sudah dikeluarkan di semua stesen minyak.

“Kita sudah pun menghantar notis-notis kepada stesen minyak mengenai perkara ini. Kita tidak akan berkompromi, jika ada yang ingkar kita akan batalkan lesen mereka.

“Kita ingatkan pengusaha stesen minyak supaya tidak bersubahat dalam hal ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Jelasnya, tindakan juga akan dikenakan terhadap warga asing terbabit dan arahan tersebut bukan baharu malah sudah dikuatkuasakan sejak 2010 lagi. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *