Home » Langit Terbuka » Malaysia gesa Israel hormati keputusan PBB

Malaysia gesa Israel hormati keputusan PBB

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (tiga dari kiri) di Konvensyen Masjid Model Rahmah di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia. - Foto Utusan Malaysia

PULAU PINANG – Malaysia menggesa Israel supaya menghormati keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengiktiraf Gaza sebagai wilayah milik Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, pendirian Malaysia tentang penjajahan dan pendudukan Israel ke atas Palestin adalah jelas serta konsisten sejak dahulu dan sentiasa bersama-sama dengan Palestin dalam menghadapi isu tersebut.

“Semalam saya didatangi wakil-wakil daripada Palestin yang baharu selesai bersidang di Persidangan al- Aqsa dan mereka memaklumkan bahawa Gaza sekali lagi diserang.

“Pendirian kita jelas tentang pendudukan dan penjajahan Israel ke atas tanah Gaza dan kita minta supaya keputusan PBB yang mana Gaza adalah milik Palestin dihormati Israel,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Masjid Model Rahmah di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.

Israel sejak beberapa hari lalu melancarkan serangan ke atas Gaza dan menambah jumlah tentera mereka di kawasan sempadan pada Isnin lalu kononnya sebagai tindak balas pelancaran roket oleh Hamas.

Israel merampas Gaza pada 1967 secara haram sebelum menarik semula tentera mereka pada 2005 dan sejak itu wilayah tersebut terus bergolak.

Menurut Mujahid, isu berkaitan dengan serangan terbaharu Israel ke atas Gaza itu juga dijangka dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Kita juga masih dalam sesi Parlimen dan mungkin akan ada usul yang akan dibawa untuk mengutuk Israel sebagaimana yang pernah kita lakukan pada 2011, semua itu akan kita bincangkan dalam mesyuarat Kabinet nanti,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *