Home » Citra Yadim » Malaysia lanjutkan tempoh pengajian pelajar negara anggota MABIMS

Malaysia lanjutkan tempoh pengajian pelajar negara anggota MABIMS

SEPANG – Bermula tahun hadapan, pelajar negara anggota MABIMS yang menuntut di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kuala Lumpur, bakal dilanjutkan tempoh pengajiannya selama dua tahun berbanding hanya satu ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dato’ Paimuzi Yahya berkata, inisiatif di bawah MABIMS itu bertujuan memperkasa pendidikan pelajar pelajar dari negara MABIMS menerusi Kluster ‘Meningkatkan Taraf Hidup Umat Islam Yang Memerlukan’.

“Ia antara bidang kerjasama di bawah MABIMS yang Malaysia bertanggungjawab untuk laksanakan. Para pelajar ini kita biayai sepenuhnya pengajiannya di IKB.

“Inisiatif ini kita mulakan pada tahun 2017, para pelajar tersebut gembira berada di sini dan suarakan hasrat untuk belajar lebih lama di Malaysia,” kata beliau semasa berucap di Muzakarah Memperluas Peranan MABIMS Ke Dunia Luar di Multaqa Ulama Asia Tenggara (MUAT) 2019 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di sini.

MUAT 2019 diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

MABIMS merupakan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura, yang bertujuan menjalin hubungan dan kerjasama antara negara negara ahlinya.

Ketika ini, terdapat empat pelajar dari Brunei di IKB yang sedang menuntut dalam pengajian Sijil Masakan serta Sijil Teknologi Binaan Bangunan.

Dalam pada itu, Paimuzi memberitahu, selain di IKB, pelajar dari MABIMS juga ditempatkan di Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Pelajar dari Thailand dan Kemboja ini ujar beliau kini menuntut dalam bidang Diploma pengajian mengenai Al Quran, turut berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda selepas ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *