Home » Langit Terbuka » Ulama perlu bekerjasama bawa konsep Rahmatan Lil Alamin di Asia Tenggara

Ulama perlu bekerjasama bawa konsep Rahmatan Lil Alamin di Asia Tenggara

SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meminta ulama Malaysia bekerjasama dengan rakan ulama di Asia Tenggara untuk membawa konsep Rahmatan Lil Alamin di rantau ini.

Melalui kerjasama sedemikian, katanya ia secara tidak langsung dapat membantu menangani isu Islamofobia yang terheret dengan radikalisme yang membawa kepada sikap keras kepada agama sehingga menimbukan kebencian antara kaum.

“Ayuh kita jadikan rantau kita ini sebagai model dan contoh, bahawa kebobrokan di rantau Timur Tengah, peperangan di atas nama Islam sudah tidak lagi relevan untuk jadi model kepada dunia,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 “Wawasan Kemakmuran dan Kedamaian Rahmatan lil Alamin”, di sini hari ini (19 November).

Turut hadir Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Mujahid turut mengingatkan para ulama untuk tidak menjadi perosak hubungan antara kaum dan masyarakat hingga menyebabkan Islam dipandang serong oleh agama lain.

“Ada pemimpin menggunakan nama kaum dan agama untuk mewajarkan kejahatan malah ada ulama yang mewajarkan kejahatan menggunakan ayat-ayat Al Quran.

“Ulama perlu jujur apabila bercakap serta bersedia untuk mengkritik dan dikritik,” katanya, yang menegaskan kenyataannya itu adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana ulama di dalam negara. – Bernama

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *