Home » Langit Terbuka » Malaysia sertai perbincangan OIC dalam isu pencerobohan Israel

Malaysia sertai perbincangan OIC dalam isu pencerobohan Israel

Datuk Marzuki akan mengeluarkan satu kenyataan negara dalam mesyuarat luar biasa OIC itu. - Foto NewsPakistan.TV

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Luar Biasa ‘Open-Ended Executive Committee’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di peringkat Menteri-Menteri Luar Negeri bagi membincangkan isu pencerobohan Israel di Al-Quds Al-Sharif (Baitul Maqdis).

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata mesyuarat tersebut bakal berlangsung di Jeddah, Arab Saudi hari ini (17 Julai)

“Datuk Marzuki Yahya akan menyampaikan kenyataan negara pada mesyuarat tersebut. Satu kenyataan akan dikeluarkan pada penghujung sesi ini sebagai dokumen hasil mesyuarat,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, penglibatan Malaysia dalam mesyuarat tersebut membuktikan sokongan negara kepada rakyat Palestin dan OIC dalam perjuangan Palestin untuk mengakhiri penjajahan Israel di wilayah itu sejak 1967. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *