Home » Langit Terbuka » Malaysia tidak boleh terima LGBT, perkahwinan sejenis

Malaysia tidak boleh terima LGBT, perkahwinan sejenis

Perdana Menteri berkata, sistem nilai di negara ini tidak sama dengan sistem nilai di Barat yang lebih bebas

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.

Perdana Menteri berkata, sistem nilai di negara ini tidak sama dengan sistem nilai di Barat yang lebih bebas.

“Sementara kita menerima cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), kita perlu mengingatkan mereka bahawa sistem nilai kita tidak sama dengan sistem Barat.

“Di Malaysia ada perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.

“Kita tidak boleh terima umpamanya LGBT, perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 4 2018 di Perdana Putra, di sini.

Dr Mahathir berkata, konsep keluarga di negara ini masih kekal iaitu terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak atau anak angkat, manakala perkahwinan sejenis tidak diiktiraf sebagai keluarga.

Selain itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat JKKMAR bersetuju dengan syor supaya Akta SUHAKAM dipinda bagi memperkasakan suruhanjaya itu.

Katanya, pindaan itu termasuk meningkatkan kuasa Suhakam dalam aspek penguatkuasaan dan mengadakan ‘mediation’ (timbang tara).

Dr Mahathir berkata SUHAKAM juga memohon agar laporan tahunannya dibahaskan di Parlimen. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *