Home » Langit Terbuka » Malaysia umum buka Kedutaan untuk Palestin

Malaysia umum buka Kedutaan untuk Palestin

Perdana Menteri berkata, pembukaan kedutaan itu membolehkan Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah. - Foto FB

BAKU – Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin bagi membolehkannya memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Oktober.

Kedutaan itu akan ditempatkan di Jordan, katanya ketika menyampaikan ucapan kepada para pemimpin dan wakil dari 120 negara anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak NAM ke-18.

“Kami tahu Israel tidak akan membenarkan Malaysia membuka kedutaan di wilayah yang diduduki. Oleh itu kami akan membuka kedutaan di Jordan,” kata Mahathir.

Perdana Menteri berkata pembukaan kedutaan itu akan membolehkan Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah, walaupun beliau akui Israel akan mencari jalan untuk memastikan tidak ada bantuan yang akan sampai ke Palestin.

Saya juga ingin memberitahu sidang kemuncak ini mengenai nasib malang saudara-saudara Palestin kita. Palestin masih diduduki oleh rejim yang kejam. Rejim ini terus memperluas penempatan haram di tanah yang dimiliki oleh rakyat Palestin,” kata beliau. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *