Home » Citra Yadim » Mangsa banjir kilat Ampang disantuni YADIM

Mangsa banjir kilat Ampang disantuni YADIM

AMPANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 24 November menyampaikan bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir kilat di sini

Banjir kilat dan lumpur yang dikatakan berpunca daripada kepala air di Kampung Pinggiran 3 dan Lembah Jaya Ampang telah menjejaskan 50 buah keluarga yang melibatkan 600 mangsa dan rumah juga terjejas teruk beberapa hari lalu.

Yang Dipertua Badan Dakwah ini,  Ustaz Nasrudin Hassan hadir menziarahi mangsa di pusat pemindahan banjir Dewan Pangsapuri Desa Lembah Permai Ampang serta menyerahkan bantuan barangan keperluan kepada Ketua  Kampung.

Hadir sama ialah  dan wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan pemimpin setempat.

Unit Khidmat Bakti YADIM turun seawal pagi membawa barangan sumbangan YADIM dan membantu kerja-kerja sukarelawan di lokasi kejadian.

Semoga Allah mempermudahkan urusan bantuan dan mengurniakan ketabahan kepada semua pihak termasuk mangsa banjir dan juga agensi kerajaan dan sukarelawan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *