Home » Citra Yadim » MAPIM sedia sama turun padang

MAPIM sedia sama turun padang

“Berat… Tetapi saya bersedia untuk membantu, yang saya berhajat dengan YADIM ialah sinergi.

“Bila bila yang rasa kita boleh bersama, mari, tapi kita kena segera,”.

Demikian kata kata ringkas namun cukup bemakna daripada seorang lagi tokoh yang berkunjung ke YADIM pada 10 Mei.

Siapa yang tidak kenal Cikgu Azmi Abdul Hamid. Bukan sahaja sebagai aktivis masyarakat tetapi juga dalam badan bukan kerajaan, pendidikan dan isu isu melibatkan Islam, beliau antara yang terkehadapan memperjuangkannya.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ini hadir menyatakan hasrat untuk turun padang melestari gerakan dakwah bersama melalui pelbagai pendekatan dan konsep.

Turut dicadangkan beliau ialah beberapa modul dakwah untuk digunakan dilapangan kelak yang dibangunkan oleh pihaknya.

Kunjungan beliau ke YADIM disambut oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin.

MAPIM dan YADIM sebelum ini telah beberapa kali bekerjasama dalam program dakwah dan kebajikan umpamanya, justeru selepas ini diyakini inisiatif bersama ini bakal lebih luas dan erat lagi.

Semoga yang direncana akan dapat direalisasikan untuk manfaat semua.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *