Home » Langit Terbuka » Masjid, surau kariah Johor boleh guna wang tabung naikkan elaun imam, bilal dan noja – EXCO

Masjid, surau kariah Johor boleh guna wang tabung naikkan elaun imam, bilal dan noja – EXCO

Sejak tahun lalu, kerajaan Johor sentiasa memberi bantuan secara 'one-off' kepada imam, bilal dan noja. - Foto Bernama

BATU PAHAT: Pihak pengurusan masjid atau surau kariah di negeri ini dibenar menggunakan wang tabung untuk menaikkan elaun imam, bilal dan noja tanpa perlu mendapatkan kebenaran Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

EXCO Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata ia memandangkan kerajaan negeri berdepan kekangan kewangan untuk menaikkan elaun petugas terbabit.

“Untuk rekod, kita mempunyai 1,463 imam yang elaunnya dibayar oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), serta 3,113 imam di masjid dan surau bawah kerajaan negeri.

“Saya akui memang ada dibuat kajian semula, khususnya elaun bilal, termasuk menyediakan kertas cadangan mengenai kenaikan itu.

“Bagaimanapun atas sebab kekangan kewangan ketika ini, kerajaan negeri tidak dapat menetapkan kadar baharu penambahan elaun,” katanya kepada pemberita selepas program Semarak Subuh di Masjid Jamek Dato’ Bentara Luar, di sini.

Begitupun, Mohd Fared menjelaskan sejak tahun lalu, kerajaan negeri sentiasa memberi bantuan secara ‘one-off’ kepada imam, bilal dan noja.

Malah sejak tahun lalu, beliau berkata, kerajaan negeri telah membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi semua imam, bilal dan noja.

“Jika mereka ke masjid atau surau untuk bertugas tetapi ditimpa kemalangan, mereka layak mendapat insentif perubatan, termasuk pencen ilat yang tidak diberikan sebelum ini.

“Oleh itu, kebajikan imam, bilal dan noja sebenarnya sangat terjaga.” katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *