Home » Langit Terbuka » Pelaksanaan skim upah penjawat awam disegerakan – Perdana Menteri

Pelaksanaan skim upah penjawat awam disegerakan – Perdana Menteri

Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak dapat menyegerakan pelaksanaannya tahun lalu kerana kedudukan kewangan negara selain mewarisi hutang yang tinggi.

“Kita memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam dan saudara harus percaya, kita tidak menyegerakan pada tahun lalu kerana kita mewarisi kedudukan kewangan dan hutang negara ketika itu masih RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus.

“Alhamdulillah dengan kerjasama semua pimpinan, Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha (KSU), agensi dan sektor swasta, kita dapat kurangkan kepada lima peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli serta barisan anggota Kabinet.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *