Home » Langit Terbuka » Maszlee nafi isu 1MDB akan diajar dalam subjek Sejarah

Maszlee nafi isu 1MDB akan diajar dalam subjek Sejarah

Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan menjelaskan,, semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Pontian di Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam Sejarah Malaysia - Foto Facebook

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan, Shahrul Aman Mohd Saari menafikan laporan media yang menyatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia.

Sebaliknya Shahrul berkata, semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat, Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam Sejarah Malaysia.

“Laporan media memetik seolah-olah Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek sejarah Malaysia adalah tidak tepat.

“Sama ada ia dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Shahrul, dalam memperkayakan wacana intelektual, Kementerian Pendidikan tidak ada halangan sekiranya isu 1MDB dijadikan sebagai kajian kes di Institut Pengajian Tinggi.

“Memandangkan 1MDB satu isu yang mendapat perhatian banyak pihak dalam dan luar negara, dari segi tadbir urus baik dan akauntabiliti dan budya berintegriti,” katanya.

Semalam, Maszlee dilaporkan berjanji untuk memasukkan skandal 1MDB dalam subjek sejarah Malaysia bagi memastikan kesalahan itu tidak berulang.

“(Topik) mengenai 1MDB akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada sejarah supaya generasi muda tidak akan mengulangi kesalahan sama. Saya setuju kesalahan lampau perlu diambil iktibar,” katanya.

Bagaimanapun Maszlee tidak menjelaskan sama ada topik tersebut akan dimasukkan ke dalam buku teks atau dijadikan sebahagian daripada topik perbincangan pelajar. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *