KPM nafi keluarkan lima hadis modul Hadis 40 Imam Nawawi

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan sekerasnya dakwaan mengeluarkan lima hadis daripada Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Menterinya, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya kini masih dalam proses bagi memuktamadkan hadis modul tersebut. “Ruang perlu diberikan kepada KPM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memperhalusi perkara itu secara terperinci. Ini kerana kita mahu modul itu akan berjaya dilaksanakan […]

Liberal: Zulkifli nafi Majlis Agama Islam tidak ambil tindakan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menafikan dakwaan kononnya pihak berkuasa agama di negeri-negeri tidak mengambil sebarang tindakan berhubung penularan fahaman liberal di media sosial seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Beliau berkata, pihaknya maklum mengenai perkara itu secara umum dan pendekatan yang diambil pada […]

JPM nafi miliki akaun Telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan mempunyai akaun Telegram httpps://t.me/jpmgov yang diwujudkan atas nama ‘Jab.Perdana Menteri’. Berikutan itu, Unit Komunikasi Korporat JPM dalam kenyataan hari ini (26 Jun) meminta orang ramai untuk tidak menyertai pautan itu bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu. JPM hanya mempunyai akaun media sosial iaitu Facebook: @Jab.PerdanaMenteri; Twitter: twitter.com/jpmgov_; […]

Jakim nafi keluar garis panduan sambut Aidilfitri

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan jabatan itu mengeluarkan garisan panduan sambutan Aidilfitri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti mana yang tular di media sosial. Jakim berkata sebarang sebaran maklumat yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi Jakim adalah tidak sah. “Jakim menafikan ada mengedar sebarang dokumen mengenai panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh […]

Jakim nafi beri pengiktirafan Majlis Ulama Rohingya

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan atau kelulusan terhadap Majlis Ulama Rohingya. Menerusi kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 27 April, Jakim berkata kuasa mengiktiraf atau melulus NGO terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). “Berikutan pertanyaan awam terhadap surat tular daripada Majlis Ulama […]

JAIS nafi Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27 Shah Alam ditutup

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27 di sini, ditutup sementara waktu termasuk solat fardhu berikutan seorang jemaahnya dipercayai dijangkiti virus COVID-19. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata arahan itu tidak dikeluarkan oleh pihaknya dan masjid berkenaan tidak pun ditutup dan malah diarah terus dibuka. “Apa-apa keputusan akan […]

YADIM LAPOR POLIS BERKAITAN KENYATAAN TULAR, NAFI TERLIBAT SUMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK PENGISLAMAN

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak telah membuat laporan polis pada 29 Januari di Balai Polis Gita, Kuching berhubung satu kenyataan yang tular di media sosial tentang penglibatan YADIM dalam program sumbangan kewangan pendidikan kepada anak-anak bumiputera di kawasan Kapit, Kanowit dan Belaga. Dalam kenyataan tersebut, halaman Facebook Radio Nyawa Sarawak dan Sarawak Inside menyatakan […]

KPM minta Jakim beri pandangan

PUTRAJAYA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya memberi pandangan mengenai etika seorang Muslim untuk menghadiri sambutan perayaan Ponggal kerana diminta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, JAKIM tidak pernah mengharamkan mana-mana perayaan cuma seseorang Muslim mempunyai etika yang perlu dipatuhi mengikut landasan agama Islam ketika […]

Mujahid dedah ada pihak menyamar jadi perunding sijil halal

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendedahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar menjadi perunding bagi mendapatkan sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Beliau menegaskan, pihaknya tidak melantik mana-mana menjadi perunding bagi mendapatkan sijil halal. Menurutnya, kegiatan pihak tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila pengadu membuat susulan kepada […]

Mufti Selangor nafi gesa boikot Mydin

PETALING JAYA – Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Mohd Tamyes Abd Wahid menafikan dakwaan beliau menggesa orang Islam supaya memboikot syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin). Beliau berkata, perkara itu tidak benar, tetapi enggan mengulas lanjut. “Itu tidak benar,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT. Sebelum ini tersebar di media sosial melalui aplikasi WhatApps […]