Home » Langit Terbuka » MCMC perlu pantas turunkan kandungan berunsur ajaran sesat

MCMC perlu pantas turunkan kandungan berunsur ajaran sesat

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. FOTO FAIL BERNAMA

Putrajaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu menggunakan kuasanya untuk bertindak pantas menurunkan kandungan berunsur ajaran sesat yang difatwakan haram di media sosial, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

“Masalahnya media sosial (cepat tular), semoga dengan adanya fatwa (haram) ini, MCMC bertindak cepat dengan kuasa yang ada untuk menurunkan cepat-cepat (kandungan berunsur ajaran sesat),” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Na’im berkata penempatan seorang kader atau pegawai hal ehwal agama Islam di MCMC oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dilakukan selepas mesyuarat bersama suruhanjaya itu Isnin ini.

“Kader ini adalah pegawai pakar, sebelum ini jika berlaku benda (unsur ajaran sesat) MCMC akan datang ke Jakim dan ini akan melambatkan proses (menurunkan kandungan),” katanya.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *