Home » Citra Yadim » Melestari Komuniti Rahmah Kampung Kuala Tiga

Melestari Komuniti Rahmah Kampung Kuala Tiga

TANAH MERAH – Satu program pelbagai komuniti disantuni.

Bagi memupuk perpaduan dan semangat gotong royong di kalangan komuniti setempat, YADIM Kelantan bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Tiga mengadakan program Melestari Komuniti Rahmah  di Padang Bola dan Dewan Komuniti Kampung Kuala Tiga  pada 28 Februari.

Inisiatif memupuk perpaduan dan menyebar rahmah ini turut disertai Persatuan Penduduk Kampung Kuala Tiga serta Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan.

Program dimulakan dengan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Imam Tua Masjid Mukim Kuala Tiga,Ustaz Mohd Sobri Mustapha. Seterusnya pelbagai acara pertandingan sukaneka dan mewarna bagi komuniti setempat diadakan bagi menarik penyertaan ramai.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut terlibat dengan mengadakan pameran selain kaunter bergerak oleh Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ceramah kesihatan serta pemeriksaan oleh doktor dari Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Orang ramai turut mengadakan gotong royong bagi menceriakan di padang lokasi program.

Hampir 220 orang penduduk sekitar Kampung Kuala Tiga hadir memeriahkan program ini. Jamuan makan tengahari turut disediakan untuk semua yang hadir.

Seramai 11 pesakit terlantar dan warga emas  turut diziarahi dan menerima sumbangan Bakul Rahmah daripada YADIM Kelantan dalam program ini.

Perasmian program telah disempurnakan oleh  Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang. Turut hadir Pengerusi KRT Kampung Kuala Tiga, Cikgu Azuhari Che Yacob dan Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Kuala Tiga, Encik Rakeman Hasbullah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *