Home » Langit Terbuka » Usaha penjenamaan semula masjid dalam Festival Masjid ASEAN

Usaha penjenamaan semula masjid dalam Festival Masjid ASEAN

AMF

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Festival Masjid ASEAN (AMF) buat kali pertama yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Disember 2015.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini,  berkata, kejayaan masjid dalam menyatukan masyarakat pada masa lalu telah terbukti dan  atas sebab  itu beliau mahu ASEAN melihat masjid bukan hanya sebagai tempat beribadat.

“Kami mahu mengalu-alukan komuniti ASEAN untuk melihat fungsi dan peranan masjid dengan skop yang lebih luas di mana masjid sebenarnya mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira kepercayaan,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif ini diharap boleh menjadi pemangkin dalam memberikan pemahaman yang lebih baik dan melahirkan rasa hormat di kalangan warga ASEAN yang berbilang agama untuk mewujudkan masa hadapan yang lebih baik.

Dengan mengangkat tema, ‘Pengetahuan, Ukhuwwah dan Kefahaman’, penganjuran AMF adalah bertujuan untuk mempromosikan usaha penjenamaan semula peranan masjid dan kemudiannya menjernihkan segala salah faham berkaitan persoalan keagamaan merentasi ASEAN.

AMF juga berhasrat meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti ASEAN berkenaan sikap yang perlu dibina dalam memahami agama lain sebagai satu cara untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Acara yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak itu, akan turut menampilkan sesi perbincangan oleh beberapa panel yang melibatkan golongan profesional dan para ulama.

Pelbagai topik seperti ‘Kelebihan Mewujudkan Rangkaian Masjid di Seluruh ASEAN’, ‘Moderate Muslim: Adakah Terdapat Perkara Yang Sebegitu?’, ‘Perubahan Peranan Masjid dalam Abad ke-21’ dan ‘Menentang Islamofobia:  Mainkan Peranan Kita’ akan dibincangkan dalam festival tersebut.

Sumber Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *