Home » Citra Yadim » Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)

Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)

YADIM Negeri Johor terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan masyarakat apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bagi memperluas inisiatif dakwah dan pembangunan masyarakat.
Melalui MoU ini, YADIM telah menempatkan seramai lima orang Daie Komuniti di lima lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) terpilih iaitu PPR Kempas, PPR Cendana, PPR Desa Mutiara, PPR Melana dan PPR Uda Utama, serta satu lokasi Rumah Sewa Kerajaan (RSK) iaitu RSK Larkin.
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh nilai spiritual, sosial dan kesejahteraan komuniti setempat menerusi pendekatan dakwah dan pembangunan komuniti secara bersepadu.
Majlis penyerahan MoU pada 27 Julai ini diadakan sempena acara penutup Johor Property Expo (JPEX) 2025, yang menyaksikan Pengarah Negeri YADIM Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah menerima MoU yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor sebagai tanda sokongan terhadap kerjasama strategik ini.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Eksekutif PKPJ, Yang Berhormat Datin Paduka Dr. Suhailizan Suliman dan Ketua Pegawai Operasi PKPJ Encik Mohd Haniff Ahmad.
Kerjasama ini menandakan satu langkah proaktif dalam memperkasa pembangunan komuniti berteraskan nilai-nilai Malaysia Madani dan Maju Johor serta memperkukuh jaringan strategik antara agensi kerajaan negeri dan badan dakwah demi manfaat rakyat negeri tersebut.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *