Home » Citra Yadim » Memperkasa Kepimpinan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Dakwah

Memperkasa Kepimpinan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Dakwah

KUALA TERENGGANU – Memperkasa kepimpinan mahasiswa sebagai generasi pelapis gerakan dakwah menjadi antara fokus Mesyuarat Agung Tahunan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi sesi 2026/2027.

Program yang berlangsung di Dewan Komuniti dan Alumni, Masjid UniSZA pada 17 November itu dihadiri Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin sebagai tetamu jemputan yang menyampaikan ucapan kepada barisan kepimpinan dan ahli Sekretariat RSY UniSZA.

Beliau turut menyampaikan dorongan agar mahasiswa terus memainkan peranan dalam memperkukuh gerakan dakwah di kampus.

Majlis turut diisi dengan pembentangan laporan tahunan serta penyampaian watikah pelantikan kepada barisan kepimpinan baharu Rakan Siswa YADIM UniSZA bagi sesi 2026/2027 sebagai kesinambungan kepimpinan dan gerak kerja organisasi.

Hadir sama, Pengarah Program merangkap Sekretariat RSY UniSZA, saudara Muhammad Adam Ariff Mohd Zahari.

Diharapkan kepimpinan baharu yang dilantik dapat menggalas amanah dengan baik serta terus memperkukuh peranan RSY UniSZA dalam menyemarakkan gerakan dakwah dalam kalangan mahasiswa.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *