Home » YADIM MADANI » Mendekati Komuniti Melalui Program Bicara Dakwah MADANI

Mendekati Komuniti Melalui Program Bicara Dakwah MADANI

KUALA TERENGGANU – YADIM Negeri Terengganu telah mengadakan Program Bicara Dakwah MADANI di Surau Kuning, Jalan Kemunting, Pasir Panjang, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Program tersebut menampilkan Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harme Aman Razali yang menyampaikan pengisian mengenai kepentingan memperkukuh kefahaman Islam, meningkatkan amalan seharian serta menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

Beliau turut mengingatkan peserta agar sentiasa memelihara hubungan dengan Allah SWT, memperkukuh ukhuwah dan menjadikan ilmu sebagai panduan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan YADIM Terengganu mendekati komuniti melalui pengisian dakwah berteraskan ilmu serta mengimarahkan institusi surau sebagai pusat pembangunan ummah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *