Home » Citra Yadim » Mendekati masyarakat Orang Asli di Perak

Mendekati masyarakat Orang Asli di Perak

HULU PERAK, 2 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara telah mengadakan program Ziarah Kasih ke empat buah perkampungan Orang Asli di daerah ini pada 21 Oktober lalu sebagai sebahagian daripada usaha dakwah kepada masyarakat berkenaan.

Eksekutif Yadim Zon Utara, Mohd Afifi Roslan berkata, empat kampung yang telah diziarahi termasuk Kampung Orang Asli (KOA) Pulau Tujuh, KOA Semelor, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, dan KOA Kabil yang terletak di daerah Hulu Perak.

“Tujuan program ini diadakan adalah bagi mendekati masyarakat Orang Asli yang telah memeluk agama Islam dan seterusnya menyampaikan beberapa bantuan asas kepada mereka,’’ katanya.

Beliau berkata, antara sumbangan yang disampaikan termasuk peralatan seperti telekung, sejadah dan kopiah untuk kegunaan surau di kampung-kampung terbabit.

Selain itu, katanya, sumbangan berbentuk peralatan memasak dan pinggan mangkuk juga disampaikan hasil sumbangan Yayasan Ehsan Permatang Sintok bagi kegunaan penggerak Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kami juga berkesempatan bersolat Jumaat bersama penduduk kampung dan ini memberikan satu pengalaman yang baru kepada kami semua,’’ katanya.

Menurutnya, dalam melaksanakan program berkenaan, Yadim Zon Utara telah mendapat kerjasama daripada penggerak Orang Asli Jakim bagi kawasan berkenaan bagi memudahkan perhubungan dengan penduduk kampung berkenaan.

Beliau berkata, pada keseluruhannya, penduduk kampung berkenaan sememangnya amat mengalu-alukan sebarang aktiviti diadakan di kampung mereka yang sekaligus memberikan sdikit sebanyak pendedahan dalam pelbagai aspek kepada para penduduk.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *